Moments by Ahmad Ridhuan

By: Ahmad Ridhuan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 13-Aug-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Final Liga Darul Iman 2009

YDP PBSNT diperkenalkan kepada para pemain PBSD Besut
YDP PBSNT diperkenalkan kepada para pemain PBSD Kuala Terengganu
Arahan dari pengadil perlawanan, Ismadi Ibrahim kepada kapten
View all 19 photos...
Liga Darul Iman 2009 mencapai kemuncaknya dengan berlangsungnya Perlawanan Akhir di antara pasukan ibu negeri PBSD Kuala Terengganu 'A' menentang pasukan dari utara Terengganu, PBSD Besut di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dalam perlawanan yang dihadiri oleh lebih kurang 400 orang penyokong kedua-dua belah pihak, pasukan Besut berjaya mengikat Kuala Terengganu pada kedudukan 0-0 dengan permainan bertempo tinggi sehingga tamat separuh masa pertama.

Namun di separuh kedua, kepenatan jelas kelihatan pada pemain Besut yang akhirnya akur kepada pengalaman yang ada di kalangan pemain Kuala Terengganu 'A'. Di akhir perlawanan, tiga gol memisahkan kedua-dua pasukan dengan Kuala Terengganu 'A' muncul menjadi juara sulung Liga Darul Iman.

Piala Pusingan YDP PBSNT disampaikan sendiri oleh beliau kepada johan, Kuala Terengganu 'A' serta hadiah-hadiah untuk pasukan-pasukan lain.


Monday, 22-Jan-2007 04:20 Email | Share | | Bookmark
intro

 


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net